Isnin, 31 Mei 2010

Paka kurang kawasan rekreasi

Kawasan lapang dan kolam semulajadi di Paka minta dibangunkan sebagai pusat rekreasi: penduduk

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
 
P
AKA:     Paka dikenali ramai sebagai sebuah bandar baru dan  menyumbang hasil yang tinggi melalui kewujudan industri petrokimia dan stesyen janakuasa dan mengalami kemajuan yang pesat namun kekurangan  kawasan rekreasi menyebabkan penduduk bandar ini terpaksa pergi jauh berpuluh batu mencari kawasan untuk beristirehat.
            Menyedari kekurangan yang ada pihak berkuasa tempatan merancang membangunkan kolam-kolam takungan semulajadi di Paka untuk dijadikan sebagai pusat rekreasi bertaraf antarabangsa yang sekaligus akan menjadi daya tarikan dan boleh menjana pendapatan penduduk setempat.
Penduduk sekitar bimbang kawasan Paka yang sedang giat membangun akibat limpahan perkembangan ekonomi dalam bidang janakuasa dan petroleumakan menyebabkan banyak kawasan yang diterokai dijadikan kawasan perumahan, justeru kawasan hijau semakin berkurangan dan ini dibimbangi akan terus berlarutan jika tiada usaha diambil bagi memulihara kawasan hijau semulajadi.
            Penduduk, Osman Ibrahim, 45, berkata, Oleh kerana kawasan Paka kekurangan kawasan rekreasi tidak sebagaimana Bandar Dungun dan kemaman beliau terpaksa membuat perjalanan jauh ke Dungun dan Kemaman untuk membawa ahli keluarga mengunjungi kawasan rekreasi.
            Tinjauan Edisi Timur di tiga buah kolam takungan semulajadi tidak pernah kering yang terletak kira-kira 2 kilometer dari laluan uatama Kuantan-Dungun di berhampiran Taman Murni Perdana mempunayi keluasan kira-kira 160,000 meter persegi merangkumi kawasan lapang dan tasik semulajadi.
Tinjauan mendapati  air kolam yang dan dinaungi rimbunan pokok-pokok bakau menarik minat kaki pancing dari golongan remaja berkunjung ke situ hampir setiap petang.
                “Penduduk, Ali Mohamad, 58, kawasan ini akan dikunjungi ramai dengan adanya kemudahan asas seperti laluan pejalan kaki, “fitness station”, wakaf taman permainan, gerai-gerai, jambatan dan pelantar memancing.
                Dengan keluasan yang ada, kawasan ini juga bersesuaian dibangunkan dbawah konsep taman bersepadu yang mempunyai kemudahan sukan sepertib gelanggang takraw, futsal, trek jogging dan sebagainya.
                Penduduk, Ali Mamat, 45, berkata, Paka pihak sekolah dan badan-badan organisasi di Paka mengalami kesulitan untuk mengadakan aktiviti social dengan ketiadaan kawasan tapak perkemahan, justeru itu sebuah tapak perkemahan amat sesuai dibangunkan di pesisiran air dan dilengkapi dengan kemudahan asas seprti chalet, surau dan sebagainya.
kawasan ini juga sesuai dibina litar Go-Kart yang akan menjadi tumpuan para pengunjung yang gemarkan aktiviti sukan bermotor sekaligus mengurangkan maslah social di kalangan remaja disamping mengurangkan gejala lumba haram yang kian berleluas di Paka
“Agak mendukacitakan kawasan kolam semulajadi yang sebegini cantik seakan tidak dihargai oleh pihak kerajaan dengan tiada usaha pembangunan untuk dijadikan kawasan rekreasi  apatah lagi kawasan ini mempunyai daya tarikan sendiri.
                “Saya percaya kawasan kolam-kolam semulajadi yang dibangunkan untuk dijadikan sebuah taman rekreasi akan dikunjungi ramai memandangkan kedudukan lokasi yang berdekatan dengan taman-taman perumahan di Paka dan juga menjadi tarikan kepada pengunjung luar.
                Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Paka, Mohd Ariffin Abdullah, berkata, beliau telah memajukan masalah kekurangan tempat rekreasi yang dihadapi penduduk Paka kepada Pejabat daerah Dungun bagi menyelesaikannya dengan mengkaji kawasan-kawasan yang berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai pusat rekreasi.
Sementara itu, Pegawai daerah Dungun, Mustofa Abdul Rahman, berkata, sesebuah projek pembangunan perlu kajian terperinci terlebih dahulu sebelum dilaksanakan bagi memastikan usha yang dijalankan memberi manfaat kepada penduduk setempat.
“Kerja-kerja membangunkan kawasan terbiar di Paka termasuk kolam takungan semulajadi akan dijalankansetelah kajian mendapati kawasan itu bersesuaian dan berpotensi tinggi dijadikan kawasan rekreasi,” katanya yang ditemui semeasa meninjau kawasan kolamn semulajadi baru-baru ini.END

Tiada ulasan:

Catat Ulasan