Rabu, 7 Julai 2010


Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
Ketengah Jaya:        Seramai 2, 205 pelajar negeri Terengganu termasuk 205 pelajar dari parlimen Dungun menerima Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) bagi kemasukan ke IPTA dan Politeknik Mei 2010.
                 Kemudahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) di bawah Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM 1, 500 bagi seorang pelajar itu bertujuan bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung pelajar untuk memulakan pengajian di peringkat pengajian tinggi.
                Pelajar kurang upaya, Ainon Mohamad, 20, berkata, sudah semestinya beliau gembira menerima wang wang pendahuluan yang membolehkan beliau membeli kelengkapan pelajaran lebih-lebih lagi dengan kesuntukan kewangan yang dihadapi keluarganya.http://terengganukuonline.blogspot.com/

Isnin, 5 Julai 2010

YIT Cawangan Dungun melancar program sulong Pengurusan Jenazah kepada guru-guru Kafa dan MTD parlimen Dungun

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

DUNGUN: Program sulong kursus pengurusan jenazah anjuran Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Paka dan Yayasan Islam Terengganu (YIT) Cawangan Dungun berjaya menarik seramai 75 peserta yang terdiri daripada guru-guru KAFA dan pengajar (MTD) kawasan Paka.
Peserta, Nazirah Ibrahim, 25, berkata, beliau berasa bertuah terpilih mengikuti kursus khas pengurusan jenazah yang pertama kali dianjurkan YIT Cawangan Dungun kepada guru-guru Kafa di kawasan paka.
“Sebelum ini, guru-guru Kafa yang berminat mengenai cara-cara pengurusan jenazah mengambil inisiatif sendiri dengan menghadiri kursus yang dianjurkan pelbagai pihak terutamanya kursus anjuran Jabatan Agama Daerah.
“Namun dengan adanya kursus khas pengurusan jenazah yang dianjur pihak YIT Cawangan Dungun sendiri, ianya memudahkan kami untuk mempelajari kaedah pengurusan jenazah dengan lebih berkesan.
“Peluang yang disediakan akan saya gunakan dengan sebaik yang mungkin utnuk mendalami tuntutan fardhu kifayah yang sudah semestinya wajib digalas bersama,” kata beliau yang merupakan guru Kafa di Sekolah Kebangsaan Paka.



Ahad, 4 Julai 2010

372 pelajar sertai Kem Remaja Bestari 2010 TNB Zon Timur




Oleh Mohd Zawawi Mat Ail







PAKA:        Program tahunan Kem Remaja Bestari Zon Timur anjuran Yayasan Tenaga Nasional ternyata memberi impak yang mencapai sasaran dalam usaha melahirkan pelajar yang bukan sahaja komited cemerlang dalam pelajaran semata-mata bahkan mempunyai shahsiah diri yang tinggi.
            Bagi mencapai sasaran itu, program berbentuk motivasi kekeluargaan juga menjadi keutamaan dalam kem Remaja Bestari yang melibatkan  372 pelajar di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun baru-baru ini.

Buat pertama kali Yayasan Tenaga Nasional melebarkan bilangan para pelajar yang bakal mengambil peperikasaan UPSR, PMR dan SPM tahun depan (2011) dengan turut menaja anak-anak yatim menyertai kem kecemerlangan pada tahun ini iaitu 76 anak-anak yatim dari Asrama Anak-Anak Yatim Terengganu (PERKAYA), Asrama Darul Falah (ASDAF) Bukit Payong Marang dan anak-anak yatim di sekitar daerah Dungun dan Paka.
Kem yang dikelolakan selama 4 hari oleh syarikat perunding dilantik TNB iaitu Mushim Motivational and Counselling Consultancy itu mendedahkan para pelajar menegenai kemahiran belajar secara efisyen dan penerapan pembangunan shahsiah pelajar melalui kaedah motivasi juga bengkel santapan rohani.

Rabu, 30 Jun 2010

Isnin, 31 Mei 2010

Kebimbangan nelayan Kuala Paka berakhir

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
PAKA:   300 leih nelayan Kuala Paka yang selama ini dirundung kebimbangan kehilangan enjin bot yang diantaranya disebabkan kawasan jetty yang bergelap tanpa kemudahan lampu jalan, berakhir dengan pemasngan lampu jalan baru-baru ini.
                Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Paka, Mokhtar Yusof, 45, berkata,  kawasan jetty yang gelap tanpa lampu jalan menyenangkan pencuri enjin bot menjalankan kegiatan mereka namun semenjak kemudahan lampu jalan disediakan kejadian kecurian enjin bot tidak berlaku lagi.
                Nelayan, Abdullah Ahmad, 57, berkata, beliau menanggung kerugian sebanyak RM 10, 000 setelah kehiangan enjin bot baru-baru ini.

Masalah kolam takungan terbiar dan hakisan bakal berakhir

Oleh: Mohd Zawawi Mat Ail
 
PAKA:   Penduduk di tiga buah kampung iaitu Kampung Telaga Mas, Kampung Limbong, Kampung Kolam dan beberapa buah perumahan yang berdekatan lega dengan keputusan peruntukan pihak kerajaan negeri sebanyak RM 1,705,000 bagi melaksanakan perja-kerja pembersihan kolam takungan yang selama ini dipenuhi semak samun dan pembinaan longkang baru bagi menyelesai masalah banjir di kawasan itu.
            Edisi Timur pada 5 mac 2010 pernah menyiarkan berita masalah banjir di kampung terlibat yang berpunca daripada penyelenggaraan kolam tadahan yang tidak sempurna dan saiz longkang yang terlalu kecil hingga gagal mengalir air ke Sungai Paka dengan baik.
           Penduduk mendakwa keadaan parit dan kolam yang ditumbuhi semak samun serta pokok gelam liar menyukarkan aliran air dari kawasan perumahan ke Sungai Paka.