Ahad, 4 Julai 2010

372 pelajar sertai Kem Remaja Bestari 2010 TNB Zon Timur




Oleh Mohd Zawawi Mat Ail







PAKA:        Program tahunan Kem Remaja Bestari Zon Timur anjuran Yayasan Tenaga Nasional ternyata memberi impak yang mencapai sasaran dalam usaha melahirkan pelajar yang bukan sahaja komited cemerlang dalam pelajaran semata-mata bahkan mempunyai shahsiah diri yang tinggi.
            Bagi mencapai sasaran itu, program berbentuk motivasi kekeluargaan juga menjadi keutamaan dalam kem Remaja Bestari yang melibatkan  372 pelajar di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun baru-baru ini.

Buat pertama kali Yayasan Tenaga Nasional melebarkan bilangan para pelajar yang bakal mengambil peperikasaan UPSR, PMR dan SPM tahun depan (2011) dengan turut menaja anak-anak yatim menyertai kem kecemerlangan pada tahun ini iaitu 76 anak-anak yatim dari Asrama Anak-Anak Yatim Terengganu (PERKAYA), Asrama Darul Falah (ASDAF) Bukit Payong Marang dan anak-anak yatim di sekitar daerah Dungun dan Paka.
Kem yang dikelolakan selama 4 hari oleh syarikat perunding dilantik TNB iaitu Mushim Motivational and Counselling Consultancy itu mendedahkan para pelajar menegenai kemahiran belajar secara efisyen dan penerapan pembangunan shahsiah pelajar melalui kaedah motivasi juga bengkel santapan rohani.
Anak pembaca jangka TNB, Mohd Fazli Faiz, 16, berkata, beliau berasa beruntung terpilih menyertai kem kecemerlangan ini yang banyak memberi pengetahuan baru terutamanya teknik-teknik yang perlu dipraktik menjelang peperiksaan.
“Fasilitator banyak memberi tips-tips berharga bagi memudahkan saya menguasai beberapa mata pelajaran yang kurang saya minati.
“Dengan mempraktikkan kemahiran yang diajar saya percaya pencapaian akademik saya akan meningkat,” katanya yang merupakan anak seorang kakitangan TNB Cawangan Paka,” katanya yang berpeluang mengikuti kem pada kali kedua dan menuntu di Sekolah Kebangsaan Datok Mahmumat, Kuantan, Pahang.
 Nurul Nasiraf Nasir, 11, berkata, pengorbanan mengikuti perjalanan dari Kelantan ke PSMZA di Dungun untuk menghadiri kem rasa berbaloi dengan ilmu dan kemahiran yang diperolehi.
“Program motivasi yang dikelolakan fasilitator membakar semangat saya untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh bagi mencapai impian saya untuk memperoleh 4 A dalam peperiksaan UPSR nanti,” kata beliau yang merupakan anak pemandu bas TNB Paka dan menuntut di Sekolah Kebangsaan Paka, Terengganu.
Rakan beliau, Auni Nasuha Mohd Azmi, 16, berkata, selain mendapat pengetahuan dan kemahiran belajar, program ceramah agama dan motivasi yang diikuti memberi suntikan rohani kepada beliau untuk memperbaiki tingkah laku ke arah menjadi insan yang lebih baik dan berguna.
Semata itu, Pengurus Besar TNB Negeri Terengganu, Ir. Md. Yuslan Md. Yusof, berkata, TNB sentiasa komited menjalankan tanggungjawab sosial khususnya dengan menganjur program pembangunan modal insan dan kebajikan masyarakat.
“Buat pertama kalinya TNB mengambil inisiatif memberi peluang kepada anak-anak yatim turut mengikuti kem kecemerlangan bestari yang selama ini diambil dari kalangan anak kakitangan TNB sahaja.
“Selain daripada menganjur program kecemerlangan pelajar kita juga menganjur program kemasyarakatan seperti program “rumah ku syurga ku” iaitu peruntukan khas diperuntukkan di setiap negeri bagi membaiki rumah keluarga yang memerlukan dan sehingga kini sebanyak 12 buah rumah di negeri Terengganu mendapat anfaat di bawah program ini semenjak dijalankan pada tahun 2007 dengan peruntukan sebanyak 3 buah rumah setahun.
“Disamping itu, kita juga mempunyai program “sekolah bestari” dengan menjadikan beberapa sekolah sebagai sekolah angkat dengan memberi peruntukan pembelajaran termasuk membantu pelajar di sekolah ini menghadapi peperiksaan.
“Menerusi Yayasan Tenaga Nasional kita juga menawarkan biasiswa kepada pelajar yang layak untuk mengikuti pengajian di institusi-institusi pengajian tinggi,” katanya.END
963:048: peserta kem Remaja bestari Zon Timur anjuran Yayasan Tenaga Nasional
969: Kakitangan TNB dan syarikat perunding yang menjayakan Kem Remaja Bestari Zon Timur    2010 bergambar kenangan
052: Pengarah Hushim Motivational & Counselling Consultancy, Hushim Salleh menyampaikan cenderahati kepada Pengurus Undang-undang yang mewakili Yayasan Tenaga Nasional, Maimon Abdullah yang membuat penutupan  kem Remaja Bestari Zon Timur 2010
061: Sebahagian peserta kem
069: Peserta, Mohd Fazli Faiz
072: Nurul Nasiraf Nasir
075: Auni NAsuha Mohd Azmi
nuffnang_bid = "50c0c63966f1b5fe69e784b066be036a";


t; line-height: 115%;">

Tiada ulasan:

Catat Ulasan