Isnin, 31 Mei 2010

Kebimbangan nelayan Kuala Paka berakhir

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
PAKA:   300 leih nelayan Kuala Paka yang selama ini dirundung kebimbangan kehilangan enjin bot yang diantaranya disebabkan kawasan jetty yang bergelap tanpa kemudahan lampu jalan, berakhir dengan pemasngan lampu jalan baru-baru ini.
                Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Paka, Mokhtar Yusof, 45, berkata,  kawasan jetty yang gelap tanpa lampu jalan menyenangkan pencuri enjin bot menjalankan kegiatan mereka namun semenjak kemudahan lampu jalan disediakan kejadian kecurian enjin bot tidak berlaku lagi.
                Nelayan, Abdullah Ahmad, 57, berkata, beliau menanggung kerugian sebanyak RM 10, 000 setelah kehiangan enjin bot baru-baru ini.

                Beliau berkata keadaan jeti yang gelap-gelita memberi peluang kepada pencuri menyelinap masuk ke jeti pada malam hari tanpa disedari nelayan.
                Namun begitu semenjak lampu dipasang sebulan yang lalu, kejadian kehilangan bot tidak berlaku lagi,” katanya yang sudah 30 tahun mencari rezeki sebagai nelayan di Kuala Paka.
“Pernah terjadi sebelum ini, tiga buah enjin hilang dalam masa satu bulan menyebabkan nelayan hilang punca pendapatan tidak dapat turun ke laut kerana tidak mampu membeli enjin dengan kadar segera.
                Husin Abdul Majid, 47, berkata, dengan adanya lampu jalan kedatangan orang luar yang seringkali berlegar-legar di kawasan jeti terutamanya di waktu lewat malam dapat disedari oleh kami di sini yang secara bergilir-gilir mengawal kawasan.
                “Pemasangan lampu di kawasan jeti juga dapat mengurangkan masalah penagihan dadah di kawasan jeti yang selama ini menjadi salah satu lokasi panas di daerah ini.
                Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, berkata, keperluan nelayan Kuala Paka sentiasa diutamakan bagi memastikan nasib lebih 300 nelayan yang begantung hidup kepada hasil laut terbela.
                Selain daripada memenuhi aduan yang dibuat nelayan dari semasa ke semasa, penyediaan kemudahan untuk kepentingan jangka masa panjang juga dibangunkan iaitu pembinaan Pasar Awam Kuala Paka setinggi dua tingkat yang dijangkakan akan siap sepenuhnya Jun ini.
                “Manakala jetty yang selama ini tidak berbumbung akan berubah wajah dengan siapnya kerja-kerja pemasangan bumbung tidak lama lagi,” katanya yang ditemui semasa melawat jetty Kuala Paka semalam.end

Tiada ulasan:

Catat Ulasan