Isnin, 31 Mei 2010

MPD komited bangunkan Paka sebagai pusat Pusat Pelancongan Pesisir Air

5 projek berjumlah 13 juta dicadangkan MPD dalam RMK 10 untuk bangunkan Paka sebagai pusat pelancongan

Oleh Mohd Zawawi Mat Ail
bhkt@bharian.com.my                             
 
P
AKA:     Kuala Paka mempunyai pengaruh sosial yang tinggi kepada penduduk disebabkan faktor kedudukannya berdekatan dengan Pusat Bandar Paka yang mempunyai kesan limpahan daripada pembangunan Kompleks Perindustrian Petronas Kerteh atau lebihb dikenali sebagai Pusat Pertumbuhan Utama.
Persisir Sungai Paka yang dinaungi kehijauan daunan pokok bakau dan nipah ditambah dengan ketenangan air yang kaya dengan spesis ikan dan udang galah ianya menggamit sesiapa sahaja untuk menyusurinya terutamanya kepada kaki pancing yang pesisir Sungai Paka sebagai syurga aktiviti memancing di daerah Dungun.
Menyedari potensi yang ada, pihak berkuasa tempatan merancang sebuah pelan pembangunan bagi mereliasasikan hasrat menjadikan kawasan Kuala Paka sebagai pusat pelancongan pesisir air yang tersohor suatu masa nanti.
Berikutan lokasinya yang berada di kedudukan dalam Pusat Bandar Paka yang merupakan Pusat Pertumbuhan Utama terdekat yang menerima pengaruh daripada pembangunan Kompleks Perindustrian Petronas Kerteh, kawasan ini mempunyai pengaruh sosial yang tinggi kepada penduduk di sini.
 
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Zainal Abidin HUsin, berkata, di bawah RMK-10, pihak majlis turut mencadangkan 5 projek lain berjumlah 13 juta untuk pembiayaan di bawah Kerajaan Persekutuan iaitu Pembangunan Bakau Nature Park, Taman Benteng Pasir, Kompleks pelancongan Paka, Taman Poket Paka dan Dataran Paka.
“Projek-projek yang dicadangkan ini dijangka dapat memberi wajah baru kepada Bandar Paka sebagai Bandar Bestari serta meningkatkan kualiti hidup penduduk di sini,” katanya. 
Bagi peringkat permulaan kerja-kerja pembersihan kawasan sekitar pesisir Sungai Paka sedang dijalankan bagi menarik lebih ramai pemancing bertandang terutama di waktu hujung minggu.
Kawasan pesisir Sungai Paka yang sebelum ini menjadi syurga pemancing dan dikunjungi ramai walaupun dipenuhi belukar dan nipah kini sudah berubah wajah dan menjadi sebuah lokasi memancing yang menarik dengan kerja pembersihan yang bermula pertengahan Mei lalu.
MPD mempunyai perancangan rapi bagi membangunkan 2 lot tanahnya berkeluasan 1.5 hektar berdekatan jambatan Paka iaitu berhadapan dengan Resort Rumbia untuk dijadikan sebagai sebuah kawasan rekreasi dan restoran terapung.
Beliau berkata, pembangunan ini dijangka dapat meningkatkan imej kawasan ini iaitu pengunjung dapat menikmati prasarana yang ada serta permandangan indah Sungai Paka berlatar belakang rimbunan pokok bakau dan nipah di seberang sungai.
“MPD juga telah membuat permohonan bagi pengambilan balik 4 lot tanah bersebelahan seluas 2 hektar berikutan saiz tanah yang tidak lagi ekonomik untuk dimajukan bagi tujuan kormersial dan kerja-kerja pembersihan tapak ini sedang giat dijalankan.
 Peniaga kedai Kuala Paka, Abu Bakar Hasyim, 44, berkata, dengan perancangan rapi pihak berkuasa tempatan beliau percaya kawasan pesisir Sungai Paka bakal menjadi sebuah kawasan tarikan pelancongan yang mempunyai keunikan tersendiri duatu masa nanti.
“Semenjak MPD membersih kawasan persisir Sungai Paka, perniagaan kedai makan beliau menjadi semakin maju dengan pertambahan bilangan pelanggan.
“Apa tidaknya, kawasan pesisir Sungai Paka yang sebelum ini dipenuhi belukar dan hutan nipah kini telah berubah wajah menjadi syurga kepada kaki-kaki pancing yang selama ini terpaksa meredah belukar ke tebing sungai untuk memancing.
Pengerusi JKKK Kuala Paka, Mokhtar Yusof, 55, berkata,, langkah awal MPD membangun Kuala Paka dengan menjalankan kerja-kerja pembersihkan kawasan pesisir Sungai Paka untuk dijadikan sebuah kawasan rekreasi adalah suatu langkah yang amat tepat memandangkan Paka yang kini mempunyai penduduk yang agak padat tetapi kekurangan kawasan rekreasi untuk dikunjungi terutamanya diwaktu hujung minggu.
“Kalau ditanya perasaan, memang saya amat gembira dan bersyukur dengan perancangan pihak berkuasa tempatan untuk memajukan kawasan ini yang sudah pastinya turut memberi limpahan rezeki kepada penduduk tempatan terutamanya golongan peniaga-peniaga dan pengusaha-pengusaha rumah penginapan.
            Penduduk, Mustakim Nordin, 35, berkata, penduduk Paka tiada pilihan selain terpaksa memandu membuat perjalanan sejauh 30 kilometer ke Dungun dan ke Kemaman kerana di kawasan Paka tiada  kawasan rekreasi yang sesuai untuk menghabis masa bersama keluarga.
            “Tiada gunanya mempunyai keindahan alam semulajadi namun tiada usaha pembangunan dijalankan bagi memberi manfaat kepada penduduk tempatan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan