Rabu, 19 Mei 2010

Hujan rahmat mengakhiri ujian jerebu teruk dihadapi penduduk Dungun
Oleh Mohd Zawawi Mat Ail

DUNGUN: Majlis Tindakan Negara (MKN) peringkat 1 yang ditubuhkan bagi menangani kebakaran hutan paya gambut di tapak perindustrian Batu 7 dan di Kampung Balai Besar dibubarka kira-kira jam 6.00 petang petang kelmarin (selasa) setelah kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya semalam setelah 15 hari operasi pemadaman dilakukan.


Hujan rahmat selama beberapa jam pada hari Ahad dan semalam (rabu) mengakhiri ujian dihadapi penduduk Dungun yang berhadapan dengan jerebu yang teruk semenjak 4 Mei lalu dan anugerah tidak khususnya kepada anggota operasi yang menjalankan tugas yang berminggu lamanya memadam kebakaran.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Terengganu, Penguasa Kanan Bomba 1 Pauzan Ahmad, berkata, kebakaran di Batu 7 merupakan salah satu kebakaran hutan yang besar dan memakan masa yang agak lama untuk dipadamkan kerana anggota operasi berhadapan dengan masalah sumber air yang jauh.

"Kebakaran hutan di batu 7 seluas 45 hektar ini merupakan kebakaran hutan paya gambut ke dua terbesar yang berlaku pada tahun ini selepas kebakaran hutan paya gambut di Lembah Bidong dengan keluasan kebakaran 50 hektar yang berjaya dipadam sepenuhnya pada 23 April lalu setelah operasi pemadaman dijalankan sel;ama 13 hari.

“Kita memandang serius kejadian kebakaran yang melibatkan hutan paya gambut kerana ianya mudah merebak dan sukar dikawal tidak sebagaimana jenis kebakaran yang lain.

“Pengishtiharan pembubaran MKN bermakna kebakaran yang berlaku melepasi tahap bencana yang membahayakan kepada penduduk di daerah Dungun dan dikawasan sekitar khususnya.

Anggota operasi akan meneruskan pemantauan dan melakukan kerja-kerja pemadaman tompok-tompok yang masih terbakar bagi memastikan kawasan yang berjaya dipadam betul-betul selamat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi MKN Tahap 1 Kebakaran hutan Paya Gambur Tapak Perindustrian Batu 7 dan Kampung Balai Besar, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Zainal Abidin Husin berkata, lebih seratus ribu dibelanjakan kerajaan sepanjang operasi pemadaman dilakukan sejak 15 hari yang lalu.

“Setiap hari operasi pemadaman dijalankan sebanyak RM 8, 000 kos operasi terpaksa ditanggung kerajaan tidak termasuk elaun logistic,” kata beliau yang merasmikan pembubaran MKN Tahap 1 dan penutupan Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTP) di majlis yang diadakan di Tapak Perindustian Batu 7 di sini petang kelmarin (Selasa).

Majlis turut dihadiri Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Terengganu, Pauzan Ahmad, ketua-ketua jabatan dan agensi yang terlibat dalam MKN Tahap 1 Kebakaran Hutan Paya Gambut yang bermula sejak 15 hari lalu.

Berikutan kebakaran yang melibatkan 45 hektar itu Bandar Dungun diselaputi jerebu tebal hampir 2 minggu sejak 4 Mei lalu dan berakhir semalam yang menyebabkan keselesaan penduduk terutamanya di sekitar Kampung Paya, Perumahan Taman Rakyat, Gong Pasir, Batu 5 dan sura selain membahayakan pengguna jalanraya kerana jarak penglihatan yang terhad.

Selain anggota bomba dan penyelamat, pelbagai agensi kerajaan termasuk Rela, Jabtan Pertahanan Awam (JPAM), Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) berpadu tenaga melakukan pendekatan drastic menengelamkan keseluruhan kawasan kebakaran menggunakan “hidro sub” untuk menyedut air dari saliran utama dan disalirkan ke telaga dan saliran buatan dengan kapasiti 1, 800 liter air seminit tidak henti 24 jam.

Berbagai kepakaran dan teknikal termasuk semburan air pancut berputar, kaedah penggalian telaga dan parit dalam operasi yang berjalan 24 jam bagi mematikan api di bahagian bawah tanah yang menyala hampir semeter dapat dipadamkan, selain mengueangkan asap ke udara berikutan pokok gelam dan akar pokok yang kering sukar dipadamkan.

Kebakaran turut memusnahkan beberpa hektar ladang getah milik persendirian berhampiran dan kabel elektrik bervoltan tinggi yang berisiko tumbang ekoran tanah gambut yang menyokong kedudukan tiang dijilat api. END


Caption:

90734, 90733: Anggota bomba dan penyelamat dan agensi terlibat dalam MKN Tahap Satu Kebakaran hutan Paya Gambut meraikan kejayaan operasi di majlis pengishtiharan di tapak perindustrian Batu 7 kelmarin (Selasa)
90720: Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Terengganu, Penguasa Kanan Bomba 1 Pauzan Ahmad (kiri) menyampaikan penghargaan kepada YDP MPD, Zainal Abidin Husin sebagai tanda terima kasih membantu operasi memadam kebakaran

488: kawasan kebakaran di padam sepenuhnya petang kelmarin
467: hujan rahmat petang dan malam Ahad lalu merupakan anugerah tidak terhingga dalam usaha memadam api kebakaran
474: kawasan khemah operasi digenangi air hujan rahmat semalam (rabu) dan Ahad lalu
486: kawasan kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya petang kelmarin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan